
Showing posts with label ARCHITECTURE. Show all posts
Showing posts with label ARCHITECTURE. Show all posts
IBUPEJABAT NIKE DI LONDON - 13 GAMBAR
Jenama Nike adalah mengenai atlet dan sukan,so mengikut tema ini ibupejabat mereka di London direka mengikut tema sukan juga. Nice office.


RING OF LIFE - CINCIN 515 KAKI DI FUSHUAN,CHINA - 6 GAMBAR
Cincin yang bersaiz ggergasi ini terletak di Fushuan,China dan digelar Ring of Life. Ia dibina daripada 3000 tan besi,515 kaki tinggi,pada malam hari ia akan diterangi oleh 12 ribu lampu LED dan kos binaanya ialah USD16 juta. Ada yang menggelarkan ia sebagai Stargate,pintu untuk mengembara ke angkasa lepas. Boleh ke? China semua boleh hehehehhehehhe.............

Restoran McDonald Di Batumi,Georgia - 7 Gambar
Restoran McDonald ini terletak di Batumi,Georgia. Admin dah tak pegi McD for a years,since kena hypertension huhuhuhu.....

Kafe Ais Krim Magnum Di Indonesia Yang Awesome - 15 Gambar
Kafe aiskrim Magnum yang terletak di Indonesia ni adalah yang pertama seumpamanya di dunia,menikmati aiskrim dengan cara yang berbeza.....telan liur tengok aiskrim dia ni huhuhu....

Monumen Untuk Nelson Mandela - 5 Gambar
Artis dari Afrika Selatan ,Marco Cianfanelli telah menghasilkan sebuah monumen untuk Nelson Mandela sempena memperingati tarikh 50 tahun dari tarikh penangkapan beliau. Nelson Mandela telah dipenjara selama 27 tahun. Monumen ini dibina menggunakan 50 batang besi simbolik kepada angka 50 tahun.

Dinding " I Love You " Di Paris - 5 Gambar
Dinding yang dipanggil dinding I Love You ini terletak di tengah taman Abbesses di Montmatre,Paris. Ia berkeluasan 40 meter kaki persegi dengan binaan daripada 612 buah marmar. Perkataan I Love You di tulis beribu kali dalam 300 bahasa yang berbeza. Dinding ini direka oleh artis Frederic Baron dan Claire Kito. Mujur letaknya dinding ni di tempat mereka yang menghargai seni,buatnya letak di tempat yang ramai pakar pelukis vandalism,kompom,2 hari je bukan jadi dinding i love you - jadilah Dinding Caca Marba......
Bangunan Terbesar Bakal Dibuka Di China - 13 Gambar
New Century Global Centre adalah nama bangunan yang dijangka akan dibuka pada Jun 2013,bangunan ini terletak di Chengdu,wilayah Sichuan,China. Ia layak mendapat gelaran bangunan terbesar di dunia dengan ketinggian 100 meter,500 meter panjang dan 400 meter lebar. Dengan keluasan 1.7 meter juta persegi,luas pejabat Pentagon di Washington hanyalah satu pertiga jika dibandingkan dengan bangunan ini. Bangunan ini menempatkan pejabat,bilik persidangan,kompleks universiti,dua buah pusat komersial,dua buah hotel lima bintang,panggung wayang IMAX,perkampungan Mediterranean,gelanggang luncur ais dan banyak lagi tarikan lain.

Cuba Teka Di Mana Katil Di Sorok Di Rumah Ini? - 11 Gambar
Rumah ini yang bersaiz 3.8 x 2.6 meter,ketinggian 3.4 meter,hanya memerlukan keluasan tanah 106.25 kaki persegi. Ia adalah rekaan Nathan Buhler dan Evan Bare. Rumah kubikel ini dipanggil Bunkie. Yang menarik mengenai rumah kecik ni ialah,meja,kerusi dan katil adalah disimpan didalam dinding dan siling bila tidak digunakan. Paling menarik ialah katil. Ia sebenarnya menyediakan 2 set katil bersaiz queen. Set pertama diletakkan di dalam dinding di ruang tamu,set katil kedua pula di letakkan diatas siling,so bila nak guna masa tidur,just tarik katil dari dinding dan siling. Untuk naik ke katil di bahagian siling kenalah menggunakan tangga.

TGV Beanieplex - Panggung Wayang Bantal - 10 Gambar
Admin lagi suka layan movie kat rumah sebab boleh pakai bantal2,baring2.......mungkin disebabkan sedar akan hal ini,TGV telah membuka 4 Beanieplex yang mana ia dilengkapi dengan bantal yang admin jamin akan membuatkan korang terlena sebelum movie habis kuikuikuikui......pawagam TGV yang menyediakan Beanieplex ini ialah di One Utama,Sunway Pyramid,1st Avenue Penang dan Tebrau City Johor Bahru.
Laman Di Dalam Perpustakaan Universiti Cornell - 7 Gambar
Menyedari akan tekanan yang dihadapi oleh pelajar menghadapi peperiksaan akhir,Universiti Cornell telah memasang rumput didalam sebuah laman untuk keselesaan pelajar mereka disamping merehatkan minda. Sekarang musim salji,so semua padang rumput yang sebelum ini dijadikan oleh student mereka sebagai tempat belajar diliputi oleh salji,maka mereka telah mengambil inisiatif ini....
Taman Di Atas Bumbung Namba Parks -
Taman Namba ini terletak diatas bumbung Namba-naka Nichome,Osaka Jepun. Taman ini terletak diantara Parks Tower yang mempunyai bangunan pejabat setinggi 30 tingkat dan 120 pusat membeli belah. What a spectacular architecture.....
Lukisan Dinding Mark Lascelles Thornton - 7 Gambar
Mark Lacselles Thornton adalah seorang artis dari England. Beliau menghasilkan lukisan setinggi 8 kaki untuk bangunan pencakar langit dengan penuh detail. So cool stuff for me......

Jejambat Bulat Di Lujiazui China - 7 Gambar
Kita
selalu menggunakan jejambat yang aduhai...1 pesen saja huhuhu....dah tu kadang
penuh dengan iklan yang memang meningkatkan kebarangkalian untuk dirompak amat
tinggi 150%....di Lujiazui China,mereka telah membina sebuah jejambat yang
berbentuk bulat yang boleh memuatkan 15 orang pengguna sebelah
menyebelah,ketinggian jejambat ini dari atas jalanraya ialah 20 kaki,mempunyai
banyak laluan untuk masuk dan keluar ke pusat beli belah dan cafe yang
menggunakan eskalator. Jejambat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong.
So nice...
Puting Beliung Tiruan Yang Paling Kuat - 7 Gambar
Betul,puting
beliung ini adalah puting beliung buatan yang paling kuat didunia, malah ia
diiktiraf oleh Guiness Book Records. Puting beliung tiruan ini terletak didalam
muzium Mercedes-Benz di Jerman. Ukuran puting beliung ini dari lantai ke atas
pusat untuk menghasilkan puting beliung tiruan ini ialah 100 kaki. So nice...
Floppytable @ Meja Berbentuk Floppydisk - 7 Gambar
Floppy disk dikomersialkan bermula dari tahun 1971 sehinggalah 30 tahun kemudian. Sekarang benda ni dah BERSARA,semua dah pakai thumbdrive,pendrive external harddisk....tapi bukan bermakna benda ini dah pupus,seorang arkitek dari Berlin Neulant van Exel membina sebuah meja yang menyerupai floppydisk untuk membangkitkan semangat retro huhuhuhu....

Akhirnya Di Robohkan Juga - 4 Gambar
Setelah berdegil untuk mempertahankan rumah mereka,akhirnya pasangan ini membenarkan juga rumah mereka dirobohkan setelah kerajaan China menaikkan jumlah pampasan,cerita mereka sebelum ini pernah aku post disini.

Rumah Di Tengah Jalanraya - 8 Gambar
Akibat pampasan yang dicadangkan kepada pasangan pemilik bangunan yang terletak di Wenling wilayah Zhejiang,China ini tidak memuaskan hati,mereka dengan degilnya merelakan rumah mereka dikepung oleh jalanraya.....wah so keras kepala hahahaha......sebab ada geran,so kerajaan mereka tak boleh robohkan bangunan yang dimiliki oleh Luo Baogen dan pasangannya ini. Hahhahaa.....so nice....tapi kalau ada ramai orang macam ni habis la.....mesti ada pemandangan ada rumah di tengah highway hehehhe.....

Bandar Kotak - 7 Gambar
Andy Rudak seorang photographer telah memulakan sebuah projek membina bandar daripada kotak dengan mengambil inspirasi dari kota London,Mumbai,Paris dan Tokyo di studionya. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Ni kalo ada yang gatal2 pegi buang puntung rokok kat studio mamat ni konfom,hangussss beb hahahhaha
Sleepbox Untuk Lapangan Terbang - 16 Gambar
Perkara paling tak suka bila pegi lapangan terbang ialah MENUNGGU....sampai mengantuk2 pun ada,kadang sebab takut terlepas flight sanggup bermalam dilapangan terbang,apa lagi,tidur2 ayam la kat kerusi,tu pun kadang risau bagasi lesap. Sleepbox daripada Arch Group ini mungkin adalah penyelesaian jangka panjang. Ia telah dipasang di lapangan terbang Sherematyevo Moscow dan mendapat respon yang positif. Ia dilengkapi dengan sebuah katil dan soket untuk mengecaj handfon,laptop dan peranti yang lain.


Subscribe to:
Posts (Atom)