Yota adalah sebuah syarikat pengeluar modem dan router yang terkemuka dari Rusia. Terkini mereka merancang untuk mengeluarkan sebuah telefon Android yang menggunakan 2 skrin yang pertama seumpamanya. Skrin pertama adalah skrin standard LCD 720 x 1280 manakala skrin kedua adalah E-Ink yang memberikan akses secara berterusan kepada jaringan sosial seperti Facebook,Twitter dan sebagainya.
Ia adalah telefon Android 4G yang pertama yang akan memaparkan dual-skrin seumpamanya dengan saiz skrin 4.3inci. Telefon ini akan dioperasikan menggunakan processor 1.5GHz Snapdragon S4,2 GB RAM,12 megapiksel kamera belakang,720p kamera hadapan. Ketebalannya pula hanyalah 10mm dengan berat 140 gram.