Lebuhraya Dalam Bangunan - 7 Gambar


Love this idea


Di daerah Fukushima-ku,Osaka,Jepun terdapat satu kompleks bangunan yang menjadi mercu tanda kecanggihan teknologi kejuruteraan rakyat dinegara itu. Diberi nama jolokan sebagai Gate Tower Building,bangunan ini bukan sahaja menempatkan ruang untuk kegunaan pejabat, tetapi turut berfungsi sebagai jalan penghubung kepada satu laluan lebuh raya utama yang digunakan oleh ribuan kenderaan setiap hari. Berkeluasan 85 640 sq feet, bangunan ini mendapat pengiktirafan sebagai satu-satunya bangunan yang memiliki lebuh raya didunia. Dihasilkan oleh tiga orang arkitek tempatan yang bernama Azusa Sekkei,Yamamoto Nishihara dan Kenchiku Sekkei Jimusho. 


Sebelum pembinaan lebuh raya ini,keadaan jalan raya amatlah sesak,tetapi dengan siapnya laluan ini kesesakan dapat dikurangkan walaupun tidaklah sampai ke tahap yang memuaskan. 


Kita kat sini tanah luas,so rasanya tak sesuailah bina jalan macam ni hehehhe....kalau nak buat jugak,boleh....tapi kalau boleh lagi gempaklah daripada yang ni hahahha...tuuuuu diaaaa....











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...