Jumaat lalu telah diumumkan lesen versi baru akan muncul untuk menggantikan lesen memandu sekarang yang telah digunakan sejak tahun 1989. Pengeluaran lesen versi baru ini akan dikeluarkan secara serentak di semua pejabat dan cawangan JPJ bermula 15 Julai ini. Untuk pejabat Pos pula,ia akan dikeluarkan bermula November. Antara ciri2 keselamatan baru tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi.