Sepanyol EURO 2012 - 13 Gambr

Semalam memang semangat kononnya nak tengok final EURO 2012 jam 2.45am....tapi baru jam 10.45pm dah tido huhuhuhu....sekali bangun dah  jam 8am...adeis! memang ada dengar sayup2 suara orang sorak2 dari restoran mamak,walhal kemain jauh tempat tu boleh dengar suara diorang. Tapi tu la,malasnya nak bangun buka tv.Tapi takpe,lepas ni boleh tengok balik kat tonton.com.my....hehehe....apa pun,aku nak share gak foto dari game tu...


Spain vs Itali....4-0....wah memang balas dendam Spain ni hehehhe...


Share skit petikan berita dari utusan.com.my


Sepanyol juara Euro 2012

KIEV, 2 Julai - Sepanyol berjaya mempertahankan kejuaraan Euro apabila membenam Itali 4-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Olympic, Kiev.
Pasukan bimbingan Vicente Del Bosque itu juga mencipta sejarah menjadi negara pertama meraih kejuaraan secara berturut-turut. Empat tahun lalu di Austria-Switzerland mereka muncul juara apabila mengalahkan Jerman 1-0.
Itali yang tidak diletakkan harapan dalam kejohanan kali ini serta bukan pasukan pilihan ke akhir, tersentak dengan jaringan pembukaan Sepanyol pada minit ke-14 melalui David Silva, sebelum pemain pertahanan, Jordi Alba menambah gol kedua empat minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat.
Pemain gantian Fernando Torres dan Juan Mata melengkapkan malam gemilang La Roja selepas meledak jaringan pada minit ke-84 dan 88 sekali gus mengesahkan kejuaraan buat kali ketiga tatkala kejuaraan pertama diraih mereka pada 1964 (edisi kedua). - AGENSI























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...