Pintu Ke Neraka - 6 Gambar

Taubat cepat hehehe


Seram tajuk, Door to Hell ni terletak di Darvaz,Turkmenistan. Menurut catatan sejarah,ahli geologi menemui tempat ini secara tidak sengaja ketika proses cari gali sumber asli pada tahun 1971. Ketika itu Turkmenistan masih lagi dibawah penjajahan Soviet, sebelum diiktiraf sebagai negara berdaulat pada tahun 1991. Kemudian tempat dimana pelantar gerudi diletakkan telah runtuh meninggalkan lubang dengan keluasan 50-100 meter. 


Kesan dari runtuhan ini,ia telah mengeluarkan gas beracun - H25 - so,tiada pilihan pihak berkuasa tempatan membakar lubang itu dengan harapan dapat mengurangkan asap beracun yang terbebas keluar keudara dan membahayakan penduduk disekitar. Memang cara ini berkesan,asap telah berhenti keluar....wahh...mereka pun berpesta pora la kononnya sebab berjaya hehehhe....


Tapi ironinya,sehingga ke hari ini,selepas 4 dekad @ 41 tahun,api itu tak kunjung padam! apa lagi terkejut beruk la semua....huhuhuhu...gas asli yang mampat yang terdapat didalam lubang itu seakan bekalan sumber yang takkan habis. So akibatnya,tak ada tumbuhan yang tumbuh di sekitar lubang tersebut. Malah jika manusia pun takkan mampu berada lama ditebing lubang tersebut. Akibat terlalu panas bahangnya. Pada waktu malam cahaya dari lubang tersebut boleh dilihat dari jarak 3 km. Suhu boleh mencecah 500 darjah celcius,pada jarak keluasan 1km persegi, bahang kepanasan daripada lubang ini boleh dirasai....buat BBQ jom? 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...