Nexus 7 tablet dari Google - 7 Gambar


Bulan Julai,Google akan keluarkan tablet dibawah jenama sendiri. Macam best je tengoknye...nampak gaya pencabar terbesar ipad n samsung bakal masuk gelanggang. Paling mencabar bab harga. Adeis...apa pulak strategi baru ipad n samsung pasni? microsoft? 
Apa yang diketahui, tablet tersebut akan mula dijual pada bulan Julai kelak, dan akan menjalankan Android 4.1 Jelly bean, seperti diperkatakan sebelum ini. Dari segi spesifikasi, apa yang dilaporkan adalah Google Nexus 7 kelak akan membawakan skrin sentuh bersaiz 7-inci dengan resolusi 1280×800, cip pemprosesan empat-teras Tegra 3 1.3GHz, 1GB RAM, nVidia GeForce GPU 12-teras, kamera hadapan 1.2-megapixel, sokongan NFC, dan juga bateri dengan jangka masa bertahan sehingga 9 jam. Nexus 7 membawakan skrin dengan paparan HD bersama resolusi 1280×800, cip pemprosesan Tegra3 empat-teras bersama GPU 12 teras, kamera hadapan untuk panggilan video, sokongan WiFi, Bluetooth dan NFC, serta bateri yang tahan lama, membolehkan anda menikmati video HD selama 9 jam dengan sekali cas.
Peranti ini akan ditawarkan melalui Google Play Store untuk beberapa negara terlebih dahulu, dan akan diperluaskan kepada negara-negara lain tidak lama lagi. Ia dijual pada harga $199 (~RM635), yang mana jauh lebih murah daripada 1MalaysiaPad.

7 inch IPS Display, USD199 for 8GB, USD249 for 16GB.

Nak save duit la hehehe..agak murah......n spec pun ok...













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...